Santai-santai Malacca
Bila bersendirian teruji keikhlasan..tanpa kejian dan pujian apakah terus ada kesetiaan pada yang Maha Pencipta... (Pahrol Mohd Juoi)
Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...
Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.
Thursday, December 13, 2012
Sejemput Kata...
Wednesday, October 31, 2012
Bertuahnya sibuk,,,
Salam sejahtera buat pengunjung yang sudi
menjengah,,,,,,
Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini,,,sibuk
betul cikgu cikgi hujung-hujung semester akhir persekolahan. Masing-masing
sibuk menyiapkan mana kerja yang belum selesai sebelum cuti panjang bermula.
Tak menang tanganlah orang cakap. Hujung-hujung macam nil ah macam-macam yang
perlu disediakan. Kena pulak dengan zaman ICT sekarang ni, semuanya nak kena
key in, semuanya nak kena online. Yealakan, takkan la nak dok takuk lama jea yea,,,nak
juga ikut arus pemodenan, tak gitu..???
Bukannya apa, nantikan kalau cikgu tak didedahkan dengan semua ni, bimbang-bimbang
anak murid lebih canggih daripada cikgu. Mana boleh lagu tu, nanti anak
murid tak respect cikgu. Payah la kalau dah anak murid tak respect cikgu, tak
larat nak pulun la kalu depa dah tak respect kita. Masuk telinga kanan keluaq
telinga kiri. (amboii ,,,tercakap utara la pulak,,, :-) )
Berbalik pada isu sibuk tadi tu, iyalah,,, mana tak sibuk, mana
dengan rekod itu, rekod ini, PBS lah, SAPS lah, SPPBS lah, SKPM lah, SPBT lah, semuanya nak kena selesai sebelum cuti bermula. (Nama jea cuti panjang,,tapi
sebenarnya cikgu cikgi ni walaupun tengah bercuti masih busy,,, ada yang dipanggil bertugas
mengikut giliran walaupun sedang ber cuti)
Semua tu bukanlah rungutan. Sebenarnya sibuk tu lah yang
baiknya,,,nampakla kita ni bekerja.. Kalau masa belajar dulu,,,kebanyakan kita
asyik risau,,,bukan risau apa,,,risau
takut tak ada kerja bila dah grad. Tamat saja belajar,, sibukla isi
macam-macam borang,,interview situ,,,interview sini,,,tak boleh nampak jawatan
kosong,,,kat surat khabar,,kat bus stop,,kat tiang lampu,,,semuanya disapu…bukan
apa,,,risau takut tak ada kerja…. Sekarang ni,,,Alhamdulillah,,,dah ada
kerja,,,Allah dah bagi dah kita kerja,,,jadi kerjalah sungguh-sungguh,,, Sama-samalah kita bekerja
dengan senang hati, tekun, jujur dan ikhlas demi mencari rezeki yang halal
untuk kita suap ke mulut kita, anak-anak dan keluarga. Jangan jadi cikgu 25
haribulan sudah la ya,,,ehehe,,,gurau jea….maaflah kalau ada tersalah kata,,,biasalah,,,hamba
nikan manusia biasa…
-azansubuh 2.37pg-
Thursday, October 11, 2012
Wednesday, October 10, 2012
stormreaders/azanwaja69
Kepada pengunjung blog ini yang berminat dengan buku-buku agama, majalah-majalah solusi, al-ustaz, Al-Quran Digital, cd2 nasyid, interaktif, & Al-Quran serta produk2 kesihatan tetapi tidak berkesempatan ke kedai buku berhampiran tempat anda bolehlah mengunjungi kedai online stormreaders saya di link di bawah. Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku2 @ majalah2 @ produk2 tersebut, anda bolehlah menghubungi saya di facebook subuh_9669@yahoo.com atau sila sms ke no telefon yang tertera di website kedai online stormreaders azanwaja69. Sila klik link di bawah untuk masuk ke kedai online stormreaders. Terima kasih.
Tuesday, October 09, 2012
Monday, October 08, 2012
Belajarlah bersyukur...
Belajarlah
bersyukur… jangan tamak…
Suatu
petang…
Teringin
pula rasanya nak makan nasi goreng. Sudah terasa di lidah keenakannya. Sudah
terbau-bau kat hidung ni aromanya. Makan panas-panas..waahh..memang berselera…
inilah yang berlaku bila teringin sangat..
Bergegas
ke dapur. Intai dalam periuk nasi. Senyum lebar... nasib ada nasi lebih bawa
bekal pagi tadi. Bila disenduk ke dalam mangkuk nampak sikit pula. Alahai..
sikitnya.. mula rasa sedikit hampa.. kalau nak masak mesti lambat ni..
berkira-kira sendiri.. cakap kat ‘housemate’, sikitnya nasi ni…(dengan hampanya).
Housemate cakap cukupla tu.. tapi kerana tamak kan… tetap rasa tak cukup.
Bahan-bahan
untuk menggoreng dan sedia, tak apalah, goreng jealah…tapi dalam hati masih
rasa hampa.. Masa nak capai kuali untuk menggoreng, entah macamana terlanggar
pulak mangkuk nasi yang elok-elok letak kat tepi microwave tadi. Apalagi…
Prangggg… bertaburan nasi ke lantai... tergamam dalam kesayuan memandang nasi
yang tumpah tu.. barulah nak rasa bersyukur. Kan lebih baik sedikit daripada
langsung tak dapat. Betul la pepatah ada mengatakan, orang tamak selalu
rugi…hehe..kan dah rugi..
Kita
manusia ni memang la macam tu… kita kurang bersyukur dengan apa yang kita dah
miliki, tamak, dan sering rasa tidak
cukup. Kita sibuk mengejar dan berkira-kira dengan apa yang belum menjadi milik
kita sehingga kadang-kadang mengabaikan apa yang Allah dah anugerahkan
untuk kita. Apabila tiba-tiba Allah
mengambilnya semula daripada kita, ketika itu barulah kita tersedar untuk
menghargainya, tetapi saat itu kita sudah pun
terlewat.
Elok-elok
dah ada semangkuk nasi banyak pula omelannya… akhirnya kena masak semula nasi
lain. Hehe..tu la.. kurang bersyukur… tapi housemate cakap tak da rezeki… betul la tu… J
Sunday, September 30, 2012
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Saturday, September 22, 2012
Thursday, September 20, 2012
Wednesday, September 19, 2012
Monday, September 17, 2012
Jalan-jalan Borneo Rainforest Miri
Jalan masuk ke resort-4km from the resort |
Booting Activity |
Sarang burung helang @ pokok tualang |
Pokok Dabai-sejenis buah yang terdapat di borneo- berwarna hitam apabila ranum-rasanya agak lemak. |
Salah sebuah resort yang ada di sini |
Wednesday, September 05, 2012
Berlapang dada dan bersyukurlah...
Saban hari kita
memikirkan apakah yang akan kita lalui lima atau sepuluh tahun akan datang.
Mulalah kita merancang itu dan ini sebagai persediaan. Namun apabila masa itu
tiba, seringkali apa yang kita fikirkan lima atau sepuluh tahun yang lepas
tentang masa hari ini jauh tersasar daripada reality yang kita sedang lalui
kini. Itulah hakikatnya kehidupan. Kita sebagai manusia biasa, sebagai hamba
Allah yang amat kerdil, maka tiada daya kita untuk menentukan apa yang bakal
berlaku pada hari esok. Sebagai seorang hamba kepada Pencipta yang Maha
Perkasa kita hanya mampu merancang dan
bersedia, tetapi Dialah jua yang Maha menentukan segala perancangan itu sama
ada selari dengan ketentuanNYA atau tidak. Semua itu adalah di dalam Kudrat dan
IradatNYA.
Berbalik kepada
perancangan kita, sekiranya ia selari dengan ketentuan Allah, maka
setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepadaNYA, Al-Qaadir Al-Muqaddir Yang
Maha Menentukan. Namun andainya apa yang dirancang kita tidak selari dengan
ketentuan Allah, maka janganlah jiwa menjadi putus asa, anggaplah ketentuan itu
adalah yang terbaik buat kita kerana DIA Allah tidak akan pernah sekali-kali
menzalimi hamba-hambaNYA. Malah kita sebagai hambaNYA lah yang seringkali
menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.
Apabila diri
dihimpit susah, apabila musibah datang menjengah, kita akan sering menyoal
Allah. Kenapa aku? Kenapa bukan begitu? Kenapa pula bukan begini? Kenapa mesti
aku? Kenapa bukan orang lain? Cubalah pula bila Allah mencurahkan rahmat dan
nikmatNYA ke atas kita, berapa kerap pula kita menadah tangan panjatkan
kesyukuran?. Sebaliknya kita akan melahap nikmatNYA dengan begitu rakus
sehingga kita lupa kepada Si Pemberi Yang Maha Pemurah. Namun dek kerana sifat
Si Pemberi Yang Maha Pemurah itulah DIA tetap jua memberi walaupun tidak
dihargai. NikmatNYA melimpah ruah bertaburan di atas muka bumi ini, tersedia
untuk hamba-hambaNYA walaupun mereka
sering alpa.
Aduhai
hamba-hamba Allah sekalian, termasuklah diriku yang sentiasa alpa dan lalai…
Marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa berlapang dada, menerima segala ketentuan Allah dengan penuh keredhaan dan kesyukuran di hati. Walau seperit mana pun ketentuan itu, percayalah, itulah yang terbaik buat kita kerana DIAlah Tuhan, DIAlah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin hari ini kita rasai keperitan, tetapi siapa tahu dengan keperitan hari ini, kita akan bisa tersenyum gembira pada hari esoknya. Bersangka baiklah denganNYA. InsyaALLAH, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lapang dengan bersangka baik dengan ALLAH, Tuhan Pemilik hati hamba-hambaNYA.
Sunday, September 02, 2012
Salam hujung minggu…
Salam hujung minggu…
Hari ini tanggal 02 September 2012, seorang lagi anak ayah dan
mek telah melapor diri di UPSI untuk mengikut jejak kakak-kakaknya menjadi
seorang pendidik…
Tersenyum sendiri bila teringatkan gelagatnya semasa
saya membawanya ke sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak UPSI untuk memilih
calon-calon yang layak mengikuti kursus perguruan di university mereka semasa
cuti pertengahan sekolah yang lepas. Keterujaannya menjadi guru jelas terpancar
di wajahnya. Debarannya melangkah kaki ke bilik temuduga diiringi doa saya agar
dia tenang semasa menjalani sesi tersebut.
Besar harapan dihati saya sebenarnya untuk melihat dia
menjadi seorang pendidik, cuma tidak diluahkan saja. Saya tidak mahu dia
memilih bidang ini kerana terpengaruh atau dipengaruhi. Biarlah keinginan itu
datang dari hatinya sendiri. Saya dan adik beradik yang lain hanya memberikan
galakan dengan apa saja pilihannya selagimana ianya sesuatu yang baik untuk dirinya
dan masa depannya.
Alhamdulillah.. akhirnya dia terpilih untuk menjadi bakal pendidik.
Selangkah kakinya telah pun diletakkan di landasan
yang betul. Dia sekarang bergelar bakal pendidik. Diharapkan semoga dia mampu
mengatur selangkah lagi untuk dia menapak dengan teratur dan kemas bagi memburu
kejayaan dan semoga gelaran seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga dia
dapat lalui perjalanannya memburu impian dengan tabah dan terhindar daripada pengaruh
dunia kampus yang tidak sihat. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang
terbaik untuk adik. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Tuesday, August 28, 2012
Salam Lebaran…
Salam Lebaran…
Alhamdulillah.. setelah sekian lama
menyepi akhirnya saya berkesempatan mencoretkan sedikit catatan di blog ini.
Kesibukan kerja dan beberapa faktor
sampingan lain telah membataskan saya untuk berkongsi catatan. Masih belum
terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam ‘Idul Fitri’ kepada semua
muslimin dan muslimat para pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak
seberapa ini. Saya pohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa atau pun ayat
dalam coretan saya yang tersalah atau tersilap tanpa saya sengajakan.
Berbalik kepada isu lebaran yang telah
pun kita raikan hampir 2 minggu yang lepas, saya ingin berkongsi rasa gembira
saya di sini setelah berkesempatan meraikan lebaran tahun ini bersama kedua ibu
dan keluarga tercinta di kampung halaman saya di pantai timur. Tahun ini
kepulangan ke kampung lebih teruja saya rasakan berbanding tahun-tahun yang
lepas. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmatNya menunaikan
beberapa hajat yang telah lama saya
hasratkan untuk dilunaskan.
Berpeluang menatap wajah bonda-bonda tercinta dan mencium tangan dan pipi keduanya memohon keampunan dan kemaafan di pagi lebaran adalah satu anugerah teristimewa... Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana keduanya masih diberikan kesihatan yang baik. Semoga nikmat kesihatan itu sentiasa dikurniakan untuk mereka berdua dan saya pohonkan agar mereka dipanjangkan umur dan berpeluang menimang dan melihat cucu-cucu mereka membesar, insyaAllah.
Berpeluang menatap wajah bonda-bonda tercinta dan mencium tangan dan pipi keduanya memohon keampunan dan kemaafan di pagi lebaran adalah satu anugerah teristimewa... Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana keduanya masih diberikan kesihatan yang baik. Semoga nikmat kesihatan itu sentiasa dikurniakan untuk mereka berdua dan saya pohonkan agar mereka dipanjangkan umur dan berpeluang menimang dan melihat cucu-cucu mereka membesar, insyaAllah.
Berkesempatan menziarahi pusara
kedua-dua ayahanda di pagi lebaran antara perkara paling bermakna dalam hidup
ini. Berada jauh di perantauan hanya doa yang mampu dikirimkan. Kesempatan pulang
berhari raya adalah peluang terbaik untuk menziarahi pusara kedua-duanya. Kalau
semasa hidup, mereka berdualah insan yang paling mengagumi kerjaya seorang
pendidik. Masih terngiang-ngiang kata-kata salah seorang daripada mereka, “ilmu
bermanfaat yang diajarkan oleh seorang guru selagi mana diamalkan oleh
muridnya, dan diajarkan pula pada orang lain, pahalanya akan berterusan walaupun guru itu sudah tiada lagi di muka
bumi Allah ini…” .
Alhamdulillah.. saya kini bergelar pendidik. Walaupun mereka berdua tidak sempat melihat saya menjadi seorang pendidik, kata-kata itu akan saya pegang sebagai azimat untuk saya menjadi seorang pendidik yang benar-benar mendidik. Jikalah arwah ayahanda berdua tahu betapa besarnya jiwa pendidik di hati ini...betapa bangganya saya kerana mampu menunaikan hasrat kedua ayahanda…alhamdulillah…semoga roh ayahanda berdua dicucuri rahmat olehNYA, Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiin.
Alhamdulillah.. saya kini bergelar pendidik. Walaupun mereka berdua tidak sempat melihat saya menjadi seorang pendidik, kata-kata itu akan saya pegang sebagai azimat untuk saya menjadi seorang pendidik yang benar-benar mendidik. Jikalah arwah ayahanda berdua tahu betapa besarnya jiwa pendidik di hati ini...betapa bangganya saya kerana mampu menunaikan hasrat kedua ayahanda…alhamdulillah…semoga roh ayahanda berdua dicucuri rahmat olehNYA, Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiin.
To be continued….
Tuesday, April 10, 2012
Cinta Kerana Allah
Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam
hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur
mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Cinta kerana Allah,
diberi dan memberi kerana Allah. Cinta sebegini
tidak mengenal jantina dan kedudukan. Cinta yang lahir hanyalah kerana
masing-masing mempunyai rasa cinta yang sama, iaitu menyintai Allah.
Cinta sebegini boleh berlaku antara
lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, antara murid dengan guru,
suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara
umat dengan Nabinya, dan yang paling tinggi adalah antara hamba dengan
Penciptanya…
Cinta sebegini ada diceritakan dalam
hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana
Allah maka mereka akan dapat perlindungan daripada ‘Arasy Allah di padang
mahsyar nanti, hari di mana masing-masing manusia sangat mengharapkan lindungan
daripada panas matahari yang sejengkal
dari kepala.
Apabila sumber cinta itu datangnya dari
Allah, maka kita akan meletakkan Allahlah yang paling tinggi dan utama. Bila
berlaku pertembungan cinta pada makhluk , maka cinta Allah perlu dimenangkan.
Bila kita benar-benar sudah dapat mencintai seseorang kerana Allah sepenuh
hati, maka segala cinta yang berlandaskan nafsu dapat dipadamkan. Segala hasad
dengki dapat disingkirkan. Mengetepikan kepentingan sendiri untuk melihat orang
yang dicintai bahagia. Memberi dan menerima teguran untuk kebaikan insan
yang kita cintai hanya kerana Allah.
Semoga cinta sebegini akan menyatukan
kita semua di syurga Allah yang abadi. InsyaALLAH…Wallahua’lam.
-azansubuh- 7.56 pagi-100412-
Sunday, April 08, 2012
Kebahagian HAKIKI
Hari-hari lepas adalah
pengajaran…hari ini untuk direnungkan…hari esok adalah perubahan…
Dalam hidup ini kita
harus menjadikan perkara-perkara yang pernah kita lalui sebagai iktibar dan
pengajaran untuk kita teruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih baik..
Apa yang kita lalui
hari ini sepatutnya lebih baik daripada hari semalam yang telah kita
lewati…hari esok pula kebaikan yang bakal kita lakukan akan lebih mengatasi
kebaikan yang kita lakukan hari ini..
Hari semalam kalau kita
masih dibuai dengan keindahan duniawi…hari ini kita pantas bangkit agar hari
esok kita bisa melangkah gagah menuju destinasi abadi yang akan menjanjikan
kita kebahagian hakiki...
Biar denai itu sempit…berlopak…
Biar kaki terkait duri tajam yang menyakitkan…
Biar seribu kali kaki tersadung onak melintang…
Biarkan… teruskanlah kaki melangkah gagah
kerana kesakitan, keperitan dan kesukaran itulah yang bakal
membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki dan abadi…
Bisikkan apabila
langkah mula longlai… mana mungkin kita inginkan kebahagian hakiki jika
keimanan kita tidak diuji? Mustahil
Allah Yang Maha Kaya menjanjikan SyurgaNya yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai yang indah, tidak terhitung kenikmatannya, apa yang dihajatkan
tersedia di depan mata.. sekiranya DIA
tidak menguji hamba-hambaNYA
terlebih dahulu, agar dapat dinilai keimanan kita terhadapNYA yang Maha
Berkuasa serta kesungguhan kita menggamit redhaNYA…
Syurga itu dipagari
dengan segala macam keperitan, manakala neraka pula dipagari dengan segala
kenikmatan. Namun keperitan dan kenikmatan itu hanyalah bersifat sementara… Jika
kita memilih untuk mengharungi keperitan semasa di dunia, maka di akhir
destinasi kita insyaAllah akan menemui kebahagian dan kenikmatan yang hakiki
dan abadi…Seandainya kita memilih kenikmatan duniawi hingga terlupa destinasi
abadi kita maka bersedialah untuk berdepan dengan kesengsaraan dan keperitan
sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam firmanNYA...
"Di kaLa datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNYA; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia"( Hud:105)
"Adapun orang yang celaka, maka (tempatnya di dalam neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan terpekik dan merintih)"(Hud:106)
Dalam hidup ini kita
perlu banyak berkorban… Untuk menggapai kebahagian sememangnya menuntut
pengorbanan…Makin besar kebahagian yang dipohon maka makin besarlah pengorbanan
yang dituntut…makin besar pengorbanan yang dilakukan makin dekatlah kita dengan
kebahagian abadi yang kita cari…
Kadang-kadang kita
perlu melepaskan apa yang bukan milik kita di dunia ini…walaupun ianya amat memeritkan..kita harus lepaskan
jua kerana sudah ditakdirkan ia bukan
milik kita… Lakukanlah apa yang Allah suka walaupun perkara itu tidak disukai
oleh diri kita…tinggalkanlah perkara yang Allah tidak suka walaupun diri
sendiri amat menyukainya…Apabila kita melakukan apa yang Allah suka dan
meninggalkan apa yang Allah tidak suka insyaALLAH kebahagian abadi pasti milik
kita…
-azansubuh- Sabtu, 1235
pagi
Wednesday, April 04, 2012
Sahabat Sejati
Wahai Tuhanku.. Betapa telah Engkau aturkan perkenalan sehingga membenihkan persahabatan. Engkau pupuk ia tumbuh subur dihati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu, maka tidak ada tangguh untukku berundur diri dari dalam hidupnya.. keranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang boleh menggemburkan keimanan dan Engkau telah hadirkan dia menjadi pohon singgahan agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan..
Bagi kita sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati yang kita taburi dengan benih kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Pada kita dia anugerah istimewa dariNya.. Saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya..
Saat kita bersahabat kerana agamaNya...Bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya? kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Kita terpaku seketika, daripada doa-doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar menjadi cela, mungkinkah dalam persahabatan itu terpalit dosa? apakah nasihat atau kata-kata kita melaghokan jiwanya?
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya, maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita pasrah dengan ketentuan takdirNya...yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya...
Kalau kehadiran mengundang kelalaian, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin...maka amankanlah hati kita dengan janjiNya...syurga abadi insyaAllah milik kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)