Cinta Kerana Allah
Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam
hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur
mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Cinta kerana Allah,
diberi dan memberi kerana Allah. Cinta sebegini
tidak mengenal jantina dan kedudukan. Cinta yang lahir hanyalah kerana
masing-masing mempunyai rasa cinta yang sama, iaitu menyintai Allah.
Cinta sebegini boleh berlaku antara
lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, antara murid dengan guru,
suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara
umat dengan Nabinya, dan yang paling tinggi adalah antara hamba dengan
Penciptanya…
Cinta sebegini ada diceritakan dalam
hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana
Allah maka mereka akan dapat perlindungan daripada ‘Arasy Allah di padang
mahsyar nanti, hari di mana masing-masing manusia sangat mengharapkan lindungan
daripada panas matahari yang sejengkal
dari kepala.
Apabila sumber cinta itu datangnya dari
Allah, maka kita akan meletakkan Allahlah yang paling tinggi dan utama. Bila
berlaku pertembungan cinta pada makhluk , maka cinta Allah perlu dimenangkan.
Bila kita benar-benar sudah dapat mencintai seseorang kerana Allah sepenuh
hati, maka segala cinta yang berlandaskan nafsu dapat dipadamkan. Segala hasad
dengki dapat disingkirkan. Mengetepikan kepentingan sendiri untuk melihat orang
yang dicintai bahagia. Memberi dan menerima teguran untuk kebaikan insan
yang kita cintai hanya kerana Allah.
Semoga cinta sebegini akan menyatukan
kita semua di syurga Allah yang abadi. InsyaALLAH…Wallahua’lam.
-azansubuh- 7.56 pagi-100412-
bukan senang nak dpt cinta mcm tu..........
ReplyDeletebetul tu,,,,,,sbb itulah Allah janjikan syurganya yg terhebat untuk hambanya yg berjaya meraih cinta sehebat itu...
ReplyDeleteInilah yang dikatakan rahmat Allah kepada kita. Andainya suatu ketika, hati kita pernah hancur bagaikan kaca yang dibaling batu, tanpa disedari, Allah telah menyediakan permata berharga untuk kita.
ReplyDeleteAllah tidak pernah mengecewakan hamba-Nya, bahkan Allah selalu memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Rahmat yang terlalu banyak ini selalunya jarang disedari dan disyukuri.
Cinta kepada manusia itu tidak ke mana, tetapi cinta Allah itulah yang hakiki. Andainya kita merasakan kebahagiaan dalam hidup ini datangnya daripada cinta kita kepada manusia semata-mata, maka pada akhirnya kita akan kecewa.