Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Sunday, September 30, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Monday, September 17, 2012

Jalan-jalan Borneo Rainforest Miri

Jalan masuk ke resort-4km from the resort
Booting Activity

Sarang burung helang @ pokok tualang


Pokok Dabai-sejenis buah yang terdapat di borneo-
berwarna hitam apabila ranum-rasanya agak lemak.




Salah sebuah resort yang ada di sini






Wednesday, September 05, 2012

Berlapang dada dan bersyukurlah...


Saban hari kita memikirkan apakah yang akan kita lalui lima atau sepuluh tahun akan datang. Mulalah kita merancang itu dan ini sebagai persediaan. Namun apabila masa itu tiba, seringkali apa yang kita fikirkan lima atau sepuluh tahun yang lepas tentang masa hari ini jauh tersasar daripada reality yang kita sedang lalui kini. Itulah hakikatnya kehidupan. Kita sebagai manusia biasa, sebagai hamba Allah yang amat kerdil, maka tiada daya kita untuk menentukan apa yang bakal berlaku pada hari esok. Sebagai seorang hamba kepada Pencipta yang Maha Perkasa  kita hanya mampu merancang dan bersedia, tetapi Dialah jua yang Maha menentukan segala perancangan itu sama ada selari dengan ketentuanNYA atau tidak. Semua itu adalah di dalam Kudrat dan IradatNYA.

Berbalik kepada perancangan kita, sekiranya ia selari dengan ketentuan Allah, maka setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepadaNYA, Al-Qaadir Al-Muqaddir Yang Maha Menentukan. Namun andainya apa yang dirancang kita tidak selari dengan ketentuan Allah, maka janganlah jiwa menjadi putus asa, anggaplah ketentuan itu adalah yang terbaik buat kita kerana DIA Allah tidak akan pernah sekali-kali menzalimi hamba-hambaNYA. Malah kita sebagai hambaNYA lah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.

Apabila diri dihimpit susah, apabila musibah datang menjengah, kita akan sering menyoal Allah. Kenapa aku? Kenapa bukan begitu? Kenapa pula bukan begini? Kenapa mesti aku? Kenapa bukan orang lain? Cubalah pula bila Allah mencurahkan rahmat dan nikmatNYA ke atas kita, berapa kerap pula kita menadah tangan panjatkan kesyukuran?. Sebaliknya kita akan melahap nikmatNYA dengan begitu rakus sehingga kita lupa kepada Si Pemberi Yang Maha Pemurah. Namun dek kerana sifat Si Pemberi Yang Maha Pemurah itulah DIA tetap jua memberi walaupun tidak dihargai. NikmatNYA melimpah ruah bertaburan di atas muka bumi ini, tersedia untuk hamba-hambaNYA walaupun mereka  sering  alpa.

Aduhai hamba-hamba Allah sekalian, termasuklah diriku yang sentiasa alpa dan lalai

Marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa berlapang dada, menerima segala ketentuan Allah dengan penuh keredhaan dan kesyukuran di hati. Walau seperit mana pun ketentuan itu, percayalah, itulah yang terbaik buat kita kerana DIAlah Tuhan, DIAlah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin hari ini kita rasai keperitan, tetapi siapa tahu dengan keperitan hari ini, kita akan bisa tersenyum gembira pada hari esoknya. Bersangka baiklah denganNYA. InsyaALLAH, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lapang dengan bersangka baik dengan ALLAH, Tuhan Pemilik hati hamba-hambaNYA. 

Sunday, September 02, 2012

Salam hujung minggu…


Salam hujung minggu
Hari ini tanggal  02 September 2012, seorang lagi anak ayah dan mek telah melapor diri di UPSI untuk mengikut jejak kakak-kakaknya menjadi seorang pendidik…

Tersenyum sendiri bila teringatkan gelagatnya semasa saya membawanya ke sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak UPSI untuk memilih calon-calon yang layak mengikuti kursus perguruan di university  mereka  semasa cuti pertengahan sekolah yang lepas. Keterujaannya menjadi guru jelas terpancar di wajahnya. Debarannya melangkah kaki ke bilik temuduga diiringi doa saya agar dia tenang semasa menjalani sesi tersebut.

Besar harapan dihati saya sebenarnya untuk melihat dia menjadi seorang pendidik, cuma tidak diluahkan saja. Saya tidak mahu dia memilih bidang ini kerana terpengaruh atau dipengaruhi. Biarlah keinginan itu datang dari hatinya sendiri. Saya dan adik beradik yang lain hanya memberikan galakan dengan apa saja pilihannya selagimana ianya sesuatu yang baik untuk dirinya dan masa depannya. 

Alhamdulillah.. akhirnya dia terpilih untuk menjadi bakal pendidik.
Selangkah kakinya telah pun diletakkan di landasan yang betul. Dia sekarang bergelar bakal pendidik. Diharapkan semoga dia mampu mengatur selangkah lagi untuk dia menapak dengan teratur dan kemas bagi memburu kejayaan dan semoga gelaran seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga dia dapat lalui perjalanannya memburu impian dengan tabah dan terhindar daripada pengaruh dunia kampus yang tidak sihat. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.