Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Sunday, April 08, 2012

Kebahagian HAKIKI




Hari-hari lepas adalah pengajaran…hari ini untuk direnungkan…hari esok adalah perubahan…
Dalam hidup ini kita harus menjadikan perkara-perkara yang pernah kita lalui sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita teruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih baik..
Apa yang kita lalui hari ini sepatutnya lebih baik daripada hari semalam yang telah kita lewati…hari esok pula kebaikan yang bakal kita lakukan akan lebih mengatasi kebaikan yang kita lakukan hari ini..

Hari semalam kalau kita masih dibuai dengan keindahan duniawi…hari ini kita pantas bangkit agar hari esok kita bisa melangkah gagah menuju destinasi abadi yang akan menjanjikan kita kebahagian hakiki...
Biar denai itu sempit…berlopak…
Biar kaki terkait duri tajam yang menyakitkan…
Biar seribu kali kaki tersadung onak melintang…
Biarkan… teruskanlah kaki melangkah gagah
kerana kesakitan, keperitan dan kesukaran itulah yang bakal membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki dan abadi…

Bisikkan apabila langkah mula longlai… mana mungkin kita inginkan kebahagian hakiki jika keimanan kita  tidak diuji? Mustahil Allah Yang Maha Kaya menjanjikan SyurgaNya yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang indah, tidak terhitung kenikmatannya, apa yang dihajatkan tersedia di depan mata.. sekiranya DIA  tidak  menguji hamba-hambaNYA terlebih dahulu, agar dapat dinilai keimanan kita terhadapNYA yang Maha Berkuasa serta kesungguhan kita menggamit redhaNYA…

Syurga itu dipagari dengan segala macam keperitan, manakala neraka pula dipagari dengan segala kenikmatan. Namun keperitan dan kenikmatan itu hanyalah bersifat sementara… Jika kita memilih untuk mengharungi keperitan semasa di dunia, maka di akhir destinasi kita insyaAllah akan menemui kebahagian dan kenikmatan yang hakiki dan abadi…Seandainya kita memilih kenikmatan duniawi hingga terlupa destinasi abadi kita maka bersedialah untuk berdepan dengan kesengsaraan dan keperitan sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam firmanNYA...

"Di kaLa datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNYA; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia"( Hud:105)
 "Adapun orang yang celaka, maka (tempatnya di dalam neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan terpekik dan merintih)"(Hud:106) 

Dalam hidup ini kita perlu banyak berkorban… Untuk menggapai kebahagian sememangnya menuntut pengorbanan…Makin besar kebahagian yang dipohon maka makin besarlah pengorbanan yang dituntut…makin besar pengorbanan yang dilakukan makin dekatlah kita dengan kebahagian abadi yang kita cari…

Kadang-kadang kita perlu melepaskan apa yang bukan milik kita di dunia ini…walaupun  ianya amat memeritkan..kita harus lepaskan jua  kerana sudah ditakdirkan ia bukan milik kita… Lakukanlah apa yang Allah suka walaupun perkara itu tidak disukai oleh diri kita…tinggalkanlah perkara yang Allah tidak suka walaupun diri sendiri amat menyukainya…Apabila kita melakukan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah tidak suka insyaALLAH kebahagian abadi pasti milik kita…

-azansubuh- Sabtu, 1235 pagi


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Diharapkan sebarang komen yang ditinggalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan isu keselamatan negara. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang tidak bermoral, melanggar etika dan undang-undang. Adalah juga diingatkan sebarang komen yang ditinggalkan di bawah tanggungjawab anda sendiri.