Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Sunday, September 02, 2012

Salam hujung minggu…


Salam hujung minggu
Hari ini tanggal  02 September 2012, seorang lagi anak ayah dan mek telah melapor diri di UPSI untuk mengikut jejak kakak-kakaknya menjadi seorang pendidik…

Tersenyum sendiri bila teringatkan gelagatnya semasa saya membawanya ke sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak UPSI untuk memilih calon-calon yang layak mengikuti kursus perguruan di university  mereka  semasa cuti pertengahan sekolah yang lepas. Keterujaannya menjadi guru jelas terpancar di wajahnya. Debarannya melangkah kaki ke bilik temuduga diiringi doa saya agar dia tenang semasa menjalani sesi tersebut.

Besar harapan dihati saya sebenarnya untuk melihat dia menjadi seorang pendidik, cuma tidak diluahkan saja. Saya tidak mahu dia memilih bidang ini kerana terpengaruh atau dipengaruhi. Biarlah keinginan itu datang dari hatinya sendiri. Saya dan adik beradik yang lain hanya memberikan galakan dengan apa saja pilihannya selagimana ianya sesuatu yang baik untuk dirinya dan masa depannya. 

Alhamdulillah.. akhirnya dia terpilih untuk menjadi bakal pendidik.
Selangkah kakinya telah pun diletakkan di landasan yang betul. Dia sekarang bergelar bakal pendidik. Diharapkan semoga dia mampu mengatur selangkah lagi untuk dia menapak dengan teratur dan kemas bagi memburu kejayaan dan semoga gelaran seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga dia dapat lalui perjalanannya memburu impian dengan tabah dan terhindar daripada pengaruh dunia kampus yang tidak sihat. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda. Diharapkan sebarang komen yang ditinggalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan isu keselamatan negara. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang tidak bermoral, melanggar etika dan undang-undang. Adalah juga diingatkan sebarang komen yang ditinggalkan di bawah tanggungjawab anda sendiri.