Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Thursday, December 13, 2012

Santai-santai Malacca


Sejemput Kata...

Cuti panjang hampir berakhir.. namun ianya belum dapat dinikmati dengan sebaiknya.. debaran di dada masih lagi belum berakhir.. hanya doa yang tak pernah putus dipanjatkan agar ianya bakal berakhir dengan senyuman.. moga Yang Maha Esa mendengar rintihan dan rayuan hambaNYA.. Penantian ini menguji kesabaran.. namun banyak hikmah tersirat disebaliknya.. Mohon bimbinganMu Ya Rabb.. dalam mencatur kehidupan ini.. 

Wednesday, October 31, 2012

Bertuahnya sibuk,,,



Salam sejahtera buat pengunjung yang sudi menjengah,,,,,,
Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini,,,sibuk betul cikgu cikgi hujung-hujung semester akhir persekolahan. Masing-masing sibuk menyiapkan mana kerja yang belum selesai sebelum cuti panjang bermula. Tak menang tanganlah orang cakap. Hujung-hujung macam nil ah macam-macam yang perlu disediakan. Kena pulak dengan zaman ICT sekarang ni, semuanya nak kena key in, semuanya nak kena online. Yealakan, takkan la nak dok takuk lama jea yea,,,nak juga ikut arus pemodenan, tak gitu..???  Bukannya apa, nantikan kalau cikgu tak didedahkan dengan semua ni, bimbang-bimbang anak murid lebih canggih daripada cikgu. Mana boleh lagu tu, nanti anak murid tak respect cikgu. Payah la kalau dah anak murid tak respect cikgu, tak larat nak pulun la kalu depa dah tak respect kita. Masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. (amboii ,,,tercakap utara la pulak,,, :-) )

Berbalik pada isu sibuk tadi tu, iyalah,,, mana tak sibuk, mana dengan rekod itu, rekod ini, PBS lah, SAPS lah, SPPBS lah, SKPM lah, SPBT lah, semuanya nak kena selesai sebelum cuti bermula. (Nama jea cuti panjang,,tapi sebenarnya cikgu cikgi ni walaupun tengah bercuti masih busy,,, ada yang dipanggil bertugas mengikut giliran walaupun sedang ber cuti)

Semua tu bukanlah rungutan. Sebenarnya sibuk tu lah yang baiknya,,,nampakla kita ni bekerja.. Kalau masa belajar dulu,,,kebanyakan kita asyik risau,,,bukan risau apa,,,risau  takut tak ada kerja bila dah grad. Tamat saja belajar,, sibukla isi macam-macam borang,,interview situ,,,interview sini,,,tak boleh nampak jawatan kosong,,,kat surat khabar,,kat bus stop,,kat tiang lampu,,,semuanya disapu…bukan apa,,,risau takut tak ada kerja…. Sekarang ni,,,Alhamdulillah,,,dah ada kerja,,,Allah dah bagi dah kita kerja,,,jadi  kerjalah sungguh-sungguh,,, Sama-samalah kita bekerja dengan senang hati, tekun, jujur dan ikhlas demi mencari rezeki yang halal untuk kita suap ke mulut kita, anak-anak dan keluarga. Jangan jadi cikgu 25 haribulan sudah la ya,,,ehehe,,,gurau jea….maaflah kalau ada tersalah kata,,,biasalah,,,hamba nikan  manusia biasa…

-azansubuh 2.37pg-

Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

stormreaders/azanwaja69


Kepada pengunjung blog ini yang berminat dengan buku-buku agama, majalah-majalah solusi, al-ustaz, Al-Quran Digital, cd2 nasyid, interaktif, & Al-Quran serta produk2 kesihatan tetapi tidak berkesempatan ke kedai buku berhampiran tempat anda bolehlah mengunjungi kedai online stormreaders saya di link di bawah.  Sekiranya berminat untuk mendapatkan buku2 @ majalah2 @ produk2 tersebut, anda bolehlah menghubungi saya di facebook subuh_9669@yahoo.com atau sila sms ke no telefon yang tertera di website kedai online stormreaders azanwaja69. Sila klik link di bawah untuk masuk ke kedai online stormreaders. Terima kasih.

Gambar alat tulis dan alatan rumah

Tuesday, October 09, 2012

Monday, October 08, 2012

Belajarlah bersyukur...


 Belajarlah bersyukur… jangan tamak…

Suatu petang…

Teringin pula rasanya nak makan nasi goreng. Sudah terasa di lidah keenakannya. Sudah terbau-bau kat hidung ni aromanya. Makan panas-panas..waahh..memang berselera… inilah yang berlaku bila teringin sangat..

Bergegas ke dapur. Intai dalam periuk nasi. Senyum lebar... nasib ada nasi lebih bawa bekal pagi tadi. Bila disenduk ke dalam mangkuk nampak sikit pula. Alahai.. sikitnya.. mula rasa sedikit hampa.. kalau nak masak mesti lambat ni.. berkira-kira sendiri.. cakap kat ‘housemate’, sikitnya nasi ni…(dengan hampanya). Housemate cakap cukupla tu.. tapi kerana tamak kan… tetap rasa tak cukup.

Bahan-bahan untuk menggoreng dan sedia, tak apalah, goreng jealah…tapi dalam hati masih rasa hampa.. Masa nak capai kuali untuk menggoreng, entah macamana terlanggar pulak mangkuk nasi yang elok-elok letak kat tepi microwave tadi. Apalagi… Prangggg… bertaburan nasi ke lantai... tergamam dalam kesayuan memandang nasi yang tumpah tu.. barulah nak rasa bersyukur. Kan lebih baik sedikit daripada langsung tak dapat. Betul la pepatah ada mengatakan, orang tamak selalu rugi…hehe..kan dah rugi..

Kita manusia ni memang la macam tu… kita kurang bersyukur dengan apa yang kita dah miliki,  tamak, dan sering rasa tidak cukup. Kita sibuk mengejar dan berkira-kira dengan apa yang belum menjadi milik  kita sehingga kadang-kadang  mengabaikan apa yang Allah dah anugerahkan untuk kita.  Apabila tiba-tiba Allah mengambilnya semula daripada kita, ketika itu barulah kita tersedar untuk menghargainya, tetapi saat itu kita sudah pun  terlewat.
Elok-elok dah ada semangkuk nasi banyak pula omelannya… akhirnya kena masak semula nasi lain. Hehe..tu la.. kurang bersyukur… tapi housemate cakap tak da rezeki…  betul la tu… J
Sukan Sekolah 2012

Sunday, September 30, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Monday, September 17, 2012

Jalan-jalan Borneo Rainforest Miri

Jalan masuk ke resort-4km from the resort
Booting Activity

Sarang burung helang @ pokok tualang


Pokok Dabai-sejenis buah yang terdapat di borneo-
berwarna hitam apabila ranum-rasanya agak lemak.




Salah sebuah resort yang ada di sini






Wednesday, September 05, 2012

Berlapang dada dan bersyukurlah...


Saban hari kita memikirkan apakah yang akan kita lalui lima atau sepuluh tahun akan datang. Mulalah kita merancang itu dan ini sebagai persediaan. Namun apabila masa itu tiba, seringkali apa yang kita fikirkan lima atau sepuluh tahun yang lepas tentang masa hari ini jauh tersasar daripada reality yang kita sedang lalui kini. Itulah hakikatnya kehidupan. Kita sebagai manusia biasa, sebagai hamba Allah yang amat kerdil, maka tiada daya kita untuk menentukan apa yang bakal berlaku pada hari esok. Sebagai seorang hamba kepada Pencipta yang Maha Perkasa  kita hanya mampu merancang dan bersedia, tetapi Dialah jua yang Maha menentukan segala perancangan itu sama ada selari dengan ketentuanNYA atau tidak. Semua itu adalah di dalam Kudrat dan IradatNYA.

Berbalik kepada perancangan kita, sekiranya ia selari dengan ketentuan Allah, maka setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepadaNYA, Al-Qaadir Al-Muqaddir Yang Maha Menentukan. Namun andainya apa yang dirancang kita tidak selari dengan ketentuan Allah, maka janganlah jiwa menjadi putus asa, anggaplah ketentuan itu adalah yang terbaik buat kita kerana DIA Allah tidak akan pernah sekali-kali menzalimi hamba-hambaNYA. Malah kita sebagai hambaNYA lah yang seringkali menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.

Apabila diri dihimpit susah, apabila musibah datang menjengah, kita akan sering menyoal Allah. Kenapa aku? Kenapa bukan begitu? Kenapa pula bukan begini? Kenapa mesti aku? Kenapa bukan orang lain? Cubalah pula bila Allah mencurahkan rahmat dan nikmatNYA ke atas kita, berapa kerap pula kita menadah tangan panjatkan kesyukuran?. Sebaliknya kita akan melahap nikmatNYA dengan begitu rakus sehingga kita lupa kepada Si Pemberi Yang Maha Pemurah. Namun dek kerana sifat Si Pemberi Yang Maha Pemurah itulah DIA tetap jua memberi walaupun tidak dihargai. NikmatNYA melimpah ruah bertaburan di atas muka bumi ini, tersedia untuk hamba-hambaNYA walaupun mereka  sering  alpa.

Aduhai hamba-hamba Allah sekalian, termasuklah diriku yang sentiasa alpa dan lalai

Marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa berlapang dada, menerima segala ketentuan Allah dengan penuh keredhaan dan kesyukuran di hati. Walau seperit mana pun ketentuan itu, percayalah, itulah yang terbaik buat kita kerana DIAlah Tuhan, DIAlah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin hari ini kita rasai keperitan, tetapi siapa tahu dengan keperitan hari ini, kita akan bisa tersenyum gembira pada hari esoknya. Bersangka baiklah denganNYA. InsyaALLAH, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lapang dengan bersangka baik dengan ALLAH, Tuhan Pemilik hati hamba-hambaNYA. 

Sunday, September 02, 2012

Salam hujung minggu…


Salam hujung minggu
Hari ini tanggal  02 September 2012, seorang lagi anak ayah dan mek telah melapor diri di UPSI untuk mengikut jejak kakak-kakaknya menjadi seorang pendidik…

Tersenyum sendiri bila teringatkan gelagatnya semasa saya membawanya ke sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak UPSI untuk memilih calon-calon yang layak mengikuti kursus perguruan di university  mereka  semasa cuti pertengahan sekolah yang lepas. Keterujaannya menjadi guru jelas terpancar di wajahnya. Debarannya melangkah kaki ke bilik temuduga diiringi doa saya agar dia tenang semasa menjalani sesi tersebut.

Besar harapan dihati saya sebenarnya untuk melihat dia menjadi seorang pendidik, cuma tidak diluahkan saja. Saya tidak mahu dia memilih bidang ini kerana terpengaruh atau dipengaruhi. Biarlah keinginan itu datang dari hatinya sendiri. Saya dan adik beradik yang lain hanya memberikan galakan dengan apa saja pilihannya selagimana ianya sesuatu yang baik untuk dirinya dan masa depannya. 

Alhamdulillah.. akhirnya dia terpilih untuk menjadi bakal pendidik.
Selangkah kakinya telah pun diletakkan di landasan yang betul. Dia sekarang bergelar bakal pendidik. Diharapkan semoga dia mampu mengatur selangkah lagi untuk dia menapak dengan teratur dan kemas bagi memburu kejayaan dan semoga gelaran seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga dia dapat lalui perjalanannya memburu impian dengan tabah dan terhindar daripada pengaruh dunia kampus yang tidak sihat. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. 

Tuesday, August 28, 2012

Salam Lebaran…


Salam Lebaran

Alhamdulillah.. setelah sekian lama menyepi akhirnya saya berkesempatan mencoretkan sedikit catatan di blog ini. Kesibukan kerja dan beberapa  faktor sampingan lain telah membataskan saya untuk berkongsi catatan. Masih belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam ‘Idul Fitri’ kepada semua muslimin dan muslimat para pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini. Saya pohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa atau pun ayat dalam coretan saya yang tersalah atau tersilap tanpa saya sengajakan.
Berbalik kepada isu lebaran yang telah pun kita raikan hampir 2 minggu yang lepas, saya ingin berkongsi rasa gembira saya di sini setelah berkesempatan meraikan lebaran tahun ini bersama kedua ibu dan keluarga tercinta di kampung halaman saya di pantai timur. Tahun ini kepulangan ke kampung lebih teruja saya rasakan berbanding tahun-tahun yang lepas. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur  ke hadrat Allah SWT atas rahmatNya menunaikan beberapa hajat  yang telah lama saya hasratkan untuk dilunaskan.

Berpeluang menatap wajah bonda-bonda tercinta dan mencium tangan dan pipi keduanya memohon keampunan dan kemaafan di pagi lebaran  adalah satu anugerah teristimewa... Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana keduanya masih diberikan kesihatan yang baik. Semoga nikmat kesihatan itu sentiasa dikurniakan untuk mereka berdua dan saya pohonkan agar mereka dipanjangkan umur dan berpeluang menimang dan melihat cucu-cucu mereka membesar, insyaAllah. 

Berkesempatan menziarahi pusara kedua-dua ayahanda di pagi lebaran antara perkara paling bermakna dalam hidup ini. Berada jauh di perantauan hanya doa yang mampu dikirimkan. Kesempatan pulang berhari raya adalah peluang terbaik untuk menziarahi pusara kedua-duanya. Kalau semasa hidup, mereka berdualah insan yang paling mengagumi kerjaya seorang pendidik. Masih terngiang-ngiang kata-kata salah seorang daripada mereka, “ilmu bermanfaat yang diajarkan oleh seorang guru selagi mana diamalkan oleh muridnya, dan diajarkan pula pada orang lain, pahalanya akan berterusan  walaupun guru itu sudah tiada lagi di muka bumi Allah ini…” . 

Alhamdulillah.. saya kini bergelar pendidik. Walaupun mereka berdua tidak sempat melihat saya menjadi seorang pendidik, kata-kata itu akan saya pegang sebagai azimat untuk saya menjadi seorang  pendidik yang benar-benar mendidik. Jikalah arwah ayahanda berdua tahu betapa besarnya jiwa pendidik di hati ini...betapa bangganya saya kerana mampu menunaikan hasrat kedua ayahanda…alhamdulillah…semoga roh ayahanda berdua dicucuri rahmat olehNYA, Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiin.

To be continued….

Tuesday, April 10, 2012


Cinta Kerana Allah

Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Cinta kerana Allah, diberi  dan memberi kerana Allah. Cinta sebegini tidak mengenal jantina dan kedudukan. Cinta yang lahir hanyalah kerana masing-masing mempunyai rasa cinta yang sama, iaitu menyintai Allah.
Cinta sebegini boleh berlaku antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya, dan yang paling tinggi adalah antara hamba dengan Penciptanya…
Cinta sebegini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan dapat perlindungan daripada ‘Arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing manusia sangat mengharapkan lindungan daripada  panas matahari yang sejengkal dari kepala.
Apabila sumber cinta itu datangnya dari Allah, maka kita akan meletakkan Allahlah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan cinta pada makhluk , maka cinta Allah perlu dimenangkan. Bila kita benar-benar sudah dapat mencintai seseorang kerana Allah sepenuh hati, maka segala cinta yang berlandaskan nafsu dapat dipadamkan. Segala hasad dengki dapat disingkirkan. Mengetepikan kepentingan sendiri untuk melihat orang yang dicintai bahagia. Memberi dan menerima teguran untuk kebaikan insan yang  kita cintai hanya kerana Allah.
Semoga cinta sebegini akan menyatukan kita semua di syurga Allah yang abadi. InsyaALLAH…Wallahua’lam.

-azansubuh- 7.56 pagi-100412-

Sunday, April 08, 2012

Kebahagian HAKIKI




Hari-hari lepas adalah pengajaran…hari ini untuk direnungkan…hari esok adalah perubahan…
Dalam hidup ini kita harus menjadikan perkara-perkara yang pernah kita lalui sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita teruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih baik..
Apa yang kita lalui hari ini sepatutnya lebih baik daripada hari semalam yang telah kita lewati…hari esok pula kebaikan yang bakal kita lakukan akan lebih mengatasi kebaikan yang kita lakukan hari ini..

Hari semalam kalau kita masih dibuai dengan keindahan duniawi…hari ini kita pantas bangkit agar hari esok kita bisa melangkah gagah menuju destinasi abadi yang akan menjanjikan kita kebahagian hakiki...
Biar denai itu sempit…berlopak…
Biar kaki terkait duri tajam yang menyakitkan…
Biar seribu kali kaki tersadung onak melintang…
Biarkan… teruskanlah kaki melangkah gagah
kerana kesakitan, keperitan dan kesukaran itulah yang bakal membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki dan abadi…

Bisikkan apabila langkah mula longlai… mana mungkin kita inginkan kebahagian hakiki jika keimanan kita  tidak diuji? Mustahil Allah Yang Maha Kaya menjanjikan SyurgaNya yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang indah, tidak terhitung kenikmatannya, apa yang dihajatkan tersedia di depan mata.. sekiranya DIA  tidak  menguji hamba-hambaNYA terlebih dahulu, agar dapat dinilai keimanan kita terhadapNYA yang Maha Berkuasa serta kesungguhan kita menggamit redhaNYA…

Syurga itu dipagari dengan segala macam keperitan, manakala neraka pula dipagari dengan segala kenikmatan. Namun keperitan dan kenikmatan itu hanyalah bersifat sementara… Jika kita memilih untuk mengharungi keperitan semasa di dunia, maka di akhir destinasi kita insyaAllah akan menemui kebahagian dan kenikmatan yang hakiki dan abadi…Seandainya kita memilih kenikmatan duniawi hingga terlupa destinasi abadi kita maka bersedialah untuk berdepan dengan kesengsaraan dan keperitan sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam firmanNYA...

"Di kaLa datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNYA; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia"( Hud:105)
 "Adapun orang yang celaka, maka (tempatnya di dalam neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan terpekik dan merintih)"(Hud:106) 

Dalam hidup ini kita perlu banyak berkorban… Untuk menggapai kebahagian sememangnya menuntut pengorbanan…Makin besar kebahagian yang dipohon maka makin besarlah pengorbanan yang dituntut…makin besar pengorbanan yang dilakukan makin dekatlah kita dengan kebahagian abadi yang kita cari…

Kadang-kadang kita perlu melepaskan apa yang bukan milik kita di dunia ini…walaupun  ianya amat memeritkan..kita harus lepaskan jua  kerana sudah ditakdirkan ia bukan milik kita… Lakukanlah apa yang Allah suka walaupun perkara itu tidak disukai oleh diri kita…tinggalkanlah perkara yang Allah tidak suka walaupun diri sendiri amat menyukainya…Apabila kita melakukan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah tidak suka insyaALLAH kebahagian abadi pasti milik kita…

-azansubuh- Sabtu, 1235 pagi


Wednesday, April 04, 2012

Sahabat Sejati

Wahai Tuhanku.. Betapa telah Engkau aturkan perkenalan sehingga membenihkan persahabatan. Engkau pupuk ia tumbuh subur dihati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu, maka tidak ada tangguh untukku berundur diri dari dalam hidupnya.. keranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang boleh menggemburkan keimanan dan Engkau telah hadirkan dia menjadi pohon singgahan agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan..


Bagi kita sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati yang kita taburi dengan benih kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Pada kita dia anugerah istimewa dariNya.. Saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya..


Saat kita bersahabat kerana agamaNya...Bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya? kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Kita terpaku seketika, daripada doa-doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar menjadi cela, mungkinkah dalam persahabatan itu terpalit dosa? apakah nasihat atau kata-kata kita melaghokan jiwanya? 

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya, maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita pasrah dengan ketentuan takdirNya...yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya...

Kalau kehadiran mengundang kelalaian, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur   kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin...maka amankanlah hati kita dengan janjiNya...syurga abadi insyaAllah milik kita.