Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Friday, April 12, 2013

Minatku Pada Berkebun

Berkebun oh  berkebun...

Bermula 2013, jarang-jarang balik kerja awal. Makin bertambah tahun makin tambahlah kerja. Macam-macam kerja harus dibereskan. Tapi kali ni bukan nak cerita tentang balik kerja lambat. Kali ni saya nak kongsikan hobi saya dengan para pembaca yang sudi singgah kat blog saya ni.
Perkara yang saya paling suka buat bila ada masa lapang dan berada kat rumah adalah berkebun. Saya pun tak tahu camana dan bila minat berkebun ni melekat kat diri saya. Tapi seingat saya sejak dari kecil saya kerap ikut keluarga saya mengusahakan tanaman tembakau.  Tanaman tembakau adalah antara tanaman yang agak popular di negeri saya pada masa itu. Keluarga saya pun memang  asal dari golongan petani sebenarnya. Jadi, sahlah hobi turun temurun la ni..hehe..
Terlanjur cerita tentang zaman kecil-kecil dulu saya nak kongsikan rasa rindu saya pada zaman kanak-kanak. Saya dan kakak-kakak saya sering dibawa oleh ayah dan ibu kami ke ladang tembakau mereka setiap kali hujung minggu. Seronoknya masa tu.. kalau dapat mahu kembali semula ke masa itu.. berlari-lari dengan kakak-kakak saya di dalam ladang tembakau, main sorok-sorok di sebalik daun-daun tembakau yang besar dan tinggi dari kami, panjat pokok mangga kat tepi ladang, angkut air kat parit untuk siram anak tembakau, tolong ‘kerekkan’ anak tembakau, cari pucuk pia kat tepi sungai sebelah ladang sambil menyanyi  lagu kesukaan kami…
“pucuk pia celur pia pucuk meniti sayur…”  fuhhh…semuanya masih segar dalam ingatan.. pernah sekali tu tanpa pengetahuan keluarga kami meraduk air paya separas pinggang kat tepi sungai semata-mata untuk dapatkan pucuk pia kegemaran kami. Masa itu mana nak fikir bahaya. Keterujaan melihat pucuk-pucuk pia yang tumbuh subur menghilangkan semua ketakutan. Kalau dikenangkan semula tak sanggup rasanya nak meraduk paya yang penuh dengan lumpur dan air hitam tu. Tempat ular sawa berkampung halaman tu.. Alhamdulillah..syukurlah  tak ada apa-apa yang berlaku pada masa tu..Tapi berbaloi juga dapat satu guni pucuk pia…dapat la bagi-bagi kat jiran tetangga..hehe..
Antara yang paling kami suka juga bila ikut keluarga ke ladang apabila masa makan bekal yang dibawa. Sebelum makan bekal saya dan kakak-kakak akan panjat pokok mangga rendang yang ada kat tepi ladang. Seingat saya satu pokok jea..tapi saya tak ingat bila masa ianya tak berbuah..selalu jea ada buah..lebat pula tu buahnya… Kami akan petik mangga muda untuk dijadikan pelengkap hidangan dan pembuka selera . Biasanya mangga tu akan dicincang dan diletakkan dalam budu yang menjadi hidangan wajib. Kami sekeluarga akan makan dengan berseleranya walaupun lauknya hanyalah ikan goreng atau ikan rebus dengan budu dan mangga muda disertakan dengan ulam pucuk pia dan ulam-ulaman kampung  yang mak dan ayah saya tanam sendiri di bekakang rumah kami. Pasti bertambah-tambah nasi..hehe..seronoknyeee masa tu….walaupun tak mewah tapi kami bahagia….
Tamat siri 1…(insyaAllah akan disambung siri 2 pada catatan akan datang )

2 comments:

  1. Semasa baca nukilan ni, berbagai prsn yg hadir, ada suka,ada sdih,kkdg sayu hati.. btp sukarnya hidup kita waktu membesar dulu..stiap org ada kisah hidup yg berbeza, tp pengajrannya yg sama,kita dpt jd `manusia`..Alhamdulillah.. smua ni akn mengingatkan kita agr tidak lupa diri.

    ReplyDelete
  2. Kampung memang cukup indah bila dkenang. Klu dikutkan hati nak aja berpindah balik kampung, tapi bila dah brkeluarga ni byak faktor kena fikir. Walaupun dah 8tahun berhijrah menetap kat bandar tp hati masih kampung. Ada gak trpikir mnyesal sbb tgglkn kampung halaman. Kampungku aku akan kembali kesana utk slamanya satu hari nnti...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda. Diharapkan sebarang komen yang ditinggalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan isu keselamatan negara. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang tidak bermoral, melanggar etika dan undang-undang. Adalah juga diingatkan sebarang komen yang ditinggalkan di bawah tanggungjawab anda sendiri.