Bila bersendirian teruji keikhlasan..tanpa kejian dan pujian apakah terus ada kesetiaan pada yang Maha Pencipta... (Pahrol Mohd Juoi)
Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...
Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.
Sunday, September 01, 2013
Saturday, August 24, 2013
Wednesday, June 19, 2013
Bicara Tentang Rasa
Berbicara Tentang Rasa
“Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa”. Itulah pepatah melayu yang sering kita
dengar. Bila kita berbicara tentang rasa, setiap orang mempunyai pandangan dan
pendapat tersendiri tentang apakah yang difahami dengan rasa itu?. Apapun
pandangan dan pendapat tentang
pengertian rasa, pokok persoalannya adalah rasa yang bagaimana? , dari manakah
ianya hadir?, apakah punca yang memacu hadirnya rasa itu? Mampukah rasa itu
mempengaruhi keseluruhan kehidupan kita seharian? Dan berapa besarkah kesannya
ke atas diri hari ini dan masa depan kita baik di dunia ini mahupun di akhirat
sana? Baikkah? Atau burukkah?
Sekiranya rasa itu datangnya dari lidah,
mungkin disebabkan oleh tersalah sukatan garam, gula dan asam, namun boleh
ditambah perasa mengikut kehendak dan kemahuan kita. Akibatnya tidaklah ia sehingga
mampu mempengaruhi perjalanan harian hidup kita. Tapi, bagaimana sekiranya rasa
itu datangnya dari hati?. Adakah semudah ia datang dari lidah?
Rasa yang hadir dari hati seandainya ia
dipacu oleh satu perasaan yang menggembirakan, maka hadirnya mampu menceriakan keseluruhan
harian hidup kita. Keceriaan itu pasti akan tergambar pada wajah, penampilan, perwatakan
dan perbuatan kita. Semuanya akan kelihatan seimbang. Keseluruhan hari-hari
kita akan menjadi begitu bermakna dan bahagia. Namun, bagaimana pula sekiranya
rasa yang hadir dari hati itu adalah sebuah perasaan yang hadirnya dipacu oleh
perasaan hiba, sedih, kecewa dan duka, sudah pastinya ia mampu menggelapkan
seluruh perjalanan harian hidup kita. Rutin harian kita akan terganggu. Kita
mula hilang fokus dan semangat serta keyakinan diri. Kita akan mula rasa
berputus asa dengan hidup. Kerongkong seakan tersekat, dada terasa penuh, hati pula
terasa bagai ditoreh dengan sembilu dan dicucuk selumbar berbisa. Fikiran
berkecamuk. Sentiasa berfikir dan berfikir, bertanya dan bertanya, mula
mempersoalkan mengapa dan kenapa? Senyuman dilontarkan terasa hambar. Kaki
menyentuh ke tanah tapi terasa di awan-awangan. Perjalanan kita mula pincang. Semuanya
sudah tidak lagi kelihatan seimbang. Kalau kita biarkan rasa itu mengawal kita
maka kita pasti akan binasa.
Justeru, bagaimana untuk merawat rasa
yang hadirnya dipacu oleh hati yang lara dan berduka agar kita tidak binasa? Jawapannya
sudah pasti ADA. Tapi adakah ianya semudah menambah perasa? Sudah tentulah
jawapannya TIDAK. Kalau begitu, bagaimana? Jawapan yang paling tepat adalah
SABAR dan YAKIN serta BERSANGKA BAIKLAH dengan ALLAH SWT. Itu adalah
sebaik-baik penawar untuk kita merawat rasa yang bisa berbisa.
Mudahkah untuk sabar dan yakin serta
bersangka baik dengan Allah SWT apabila semua rasa yang dibenci datang menghimpit kita?. Sudah tentunya ianya
amat SUKAR. Namun begitu, cuba kita renung-renungkan kata-kata Abu Talib
Al-Makki dalam bukunya Quttul Qulub yang berbunyi :
“Ketahui
olehmu sesungguhnya sabar itu menjadi sebab masuknya seseorang itu ke dalam
syurga, punca terlepas daripada api neraka, seperti hadith pernah menjelaskan;
Syurga itu dipenuhi dengan perkara yang dibenci (sewaktu di dunia) dan neraka
itu dipenuhi dengan syahwat.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan hanya dengan mengatakan,”kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
(AL-Ankabut:2)
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan
masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya
pertolongan Allah”, Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al-Baqarah:214)
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta
orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah:153)
Barang
siapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang
dijanjikan) Allah pasti datang. Dan DIA Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (Al-Ankabut :5)
Dan
barang siapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.
Sungguh Allah MahaKaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.
(Al-Ankabut
:6)
Sekiranya kita berjaya menempuh segala
ujian dan dugaan dengan rasa sabar serta yakin dengan setiap janji-janjI Allah
SWT dan bersangka baik denganNYA setiap masa, menerima setiap ketentuan yang
ditakdirkanNYA dengan redha dan penuh rasa kehambaan, maka sudah pastinya kita
akan meraih kejayaan dan kemenangan yang besar di akhirat sana. Pintu-pintu
syurga akan terbuka luas untuk kita. Pada masa itu nanti, semua rasa yang hadir
adalah rasa bahagia dan suka ria.
Justeru, bergembiralah duhai hati yang
lara.. Selamat jalan derita, tiada lagi sengsara. Terima kasih Allah. Allahu
Robbi. Hasbiyallah wani’mal wakil.
Azansubuh 1:06 pagi @ kamar sepi.myy.
Monday, April 22, 2013
Minatku Pada Berkebun Siri 2
Sambungan Minatku Pada Berkebun
Sebelum ini saya
ada berkongsi dengan para pembaca tentang zaman kanak-kanak saya yang cukup
indah untuk dikenang semula.. Bersandarkan pengalaman zaman kanak-kanak itu
juga saya rasa minat pada tanaman ini timbul dalam diri saya.
Minat untuk
berbudi pada tanah ini saya warisi dari
kedua ibu bapa saya yang mereka juga sebenarnya warisi dari nenek moyang kami..(rasa-rasanya
lah sebab datuk saya juga petani..hehe). Walaupun tidak dikomersilkan
tetapi ianya menjadi hobi saya pada masa lapang.
Setiap kali balik
sekolah saya akan tengok kebun kecil saya sebelah rumah sampai saya rasa puas. Penat
bekerja akan hilang dengan sendirinya bila mata tertumpu pada tanaman saya.
Saya anggap ianya adalah satu terapi yang baik untuk minda dan badan saya
selepas seharian bergelumang dengan tekanan kerja. Mencangkung sambil mencabut
rumput-rumput liar yang tumbuh menyaingi tanaman adalah satu keseronokan pada
saya. Menyentuh tanaman saya sambil berbual-bual dengannya adalah kerja gila
bagi orang lain tetapi tidak bagi saya. Itulah rutin saya setiap kali pulang
dari kerja.
Sekiranya saya
terlalu kepenatan, saya sekadar memerhatikan
tanaman-tanaman saya sambil berbual-bual dengan mereka. Melihat tanaman-tanaman tersebut membesar dan
berbuah adalah satu kepuasan yang tak dapat digambarkan. Sekiranya ada hasilnya, kebiasaannya akan saya
bahagi-bahagikan dengan jiran-jiran atau rakan-rakan sekerja. Bukanlah banyak
pun sebenarnya..tapi ianya satu kepuasan bila kita sendiri yang tanam. Bila
makan hasil tangan kita sendiri rasa bersyukur tu lebih sikit sebab kita
sendiri tengok ianya membesar dan mengeluarkan hasil depan mata kita. Bukan
senang juga sebenarnya…ada yang perlukan lebih perhatian barulah nak menjadi..
alaa..macam jaga anak-anak jugalah..hehe perlukan belaian dan kasih sayang yang
secukupnya..
Selain satu
kepuasan apabilan melihat tanaman kita membesar dan mengeluarkan hasil…badan
pun rasa segar..pernah beberapa kali apabila saya rasa lemah badan saya akan
gagahkan diri berkebun..alhamdulillah..apabila turun berkebun, peluh keluar
rasa ringan badan. Baru nak teringat, orang tua dulu-dulu patutlah tak pandai
duduk diam. Asal tak kerja mesti sakit-sakit badan..Mereka cakap kalau tak
kerja tak keluar peluh..Hmmmmm…kira exercise mereka la tu…
Kebanyakan orang
sekarang nak keluarkan peluh kena keluarkan duit, beli alatan fitness, tak pun
bayar kelas senamrobik. Nak bersukan pun sekarang ni banyak keluar duit.. Nak
main futsal pakai duit, bowling pakai duit.. orang dulu-dulu berkebun dah kira
senaman la tu…selain sihat tubuh badan dapat hasil yang menyihatkan..pergi
kebun bekerja dengan tulang empat kerat, keluar peluh dengan percuma, balik
rumah bawa hasil kebun yang menyihatkan..ermm..boleh dipanggil double triple benefits
ke apa tu..? ehehe..
Kita sekarang ni
nak pergi jogging kat taman sekali
sekala paling kurang pun nak kena ada kasut yang selesa dan sesuai..itupun
jarang-jarang..selalu-selalu tak dapat, tak ada masa.. saya la tu sebenarnya..
nak-nak lagi kalau jogging kat taman..mestila nak kena pakai ‘proper’ sikit.. orang
dulu-dulu tak perlu kasut bagai..belasah jea kaki ayam turun kebun..hehe..
Tapi betul juga
orang cakap.. itu dulu..dulu dan kini tak sama kan..? Tapi yang dulu-dulu kalau
elok dan masih relevan dengan zaman kini kenapa kita tak boleh teruskan..betul
tak..??
Saya rasa cukuplah
dulu perkongsian saya untuk kali ini. Insya Allah kalau ada kesempatan saya
akan berkongsi lagi tentang minat saya ini kalau ada yang sudi membacanya.
Sehingga berjumpa lagi..
Friday, April 12, 2013
Minatku Pada Berkebun
Berkebun oh berkebun...
Bermula
2013, jarang-jarang balik kerja awal. Makin bertambah tahun makin tambahlah
kerja. Macam-macam kerja harus dibereskan. Tapi kali ni bukan nak cerita
tentang balik kerja lambat. Kali ni saya nak kongsikan hobi saya dengan para
pembaca yang sudi singgah kat blog saya ni.
Perkara
yang saya paling suka buat bila ada masa lapang dan berada kat rumah adalah
berkebun. Saya pun tak tahu camana dan bila minat berkebun ni melekat kat diri
saya. Tapi seingat saya sejak dari kecil saya kerap ikut keluarga saya
mengusahakan tanaman tembakau. Tanaman
tembakau adalah antara tanaman yang agak popular di negeri saya pada masa itu. Keluarga
saya pun memang asal dari golongan
petani sebenarnya. Jadi, sahlah hobi turun temurun la ni..hehe..
Terlanjur
cerita tentang zaman kecil-kecil dulu saya nak kongsikan rasa rindu saya pada
zaman kanak-kanak. Saya dan kakak-kakak saya sering dibawa oleh ayah dan ibu
kami ke ladang tembakau mereka setiap kali hujung minggu. Seronoknya masa tu..
kalau dapat mahu kembali semula ke masa itu.. berlari-lari dengan kakak-kakak
saya di dalam ladang tembakau, main sorok-sorok di sebalik daun-daun tembakau
yang besar dan tinggi dari kami, panjat pokok mangga kat tepi ladang, angkut
air kat parit untuk siram anak tembakau, tolong ‘kerekkan’ anak tembakau, cari
pucuk pia kat tepi sungai sebelah ladang sambil menyanyi lagu kesukaan kami…
“pucuk
pia celur pia pucuk meniti sayur…” fuhhh…semuanya
masih segar dalam ingatan.. pernah sekali tu tanpa pengetahuan keluarga kami
meraduk air paya separas pinggang kat tepi sungai semata-mata untuk dapatkan
pucuk pia kegemaran kami. Masa itu mana nak fikir bahaya. Keterujaan melihat
pucuk-pucuk pia yang tumbuh subur menghilangkan semua ketakutan. Kalau
dikenangkan semula tak sanggup rasanya nak meraduk paya yang penuh dengan
lumpur dan air hitam tu. Tempat ular sawa berkampung halaman tu..
Alhamdulillah..syukurlah tak ada apa-apa
yang berlaku pada masa tu..Tapi berbaloi juga dapat satu guni pucuk pia…dapat
la bagi-bagi kat jiran tetangga..hehe..
Antara
yang paling kami suka juga bila ikut keluarga ke ladang apabila masa makan
bekal yang dibawa. Sebelum makan bekal saya dan kakak-kakak akan panjat pokok
mangga rendang yang ada kat tepi ladang. Seingat saya satu pokok jea..tapi saya
tak ingat bila masa ianya tak berbuah..selalu jea ada buah..lebat pula tu
buahnya… Kami akan petik mangga muda untuk dijadikan pelengkap hidangan dan
pembuka selera . Biasanya mangga tu akan dicincang dan diletakkan dalam budu
yang menjadi hidangan wajib. Kami sekeluarga akan makan dengan berseleranya
walaupun lauknya hanyalah ikan goreng atau ikan rebus dengan budu dan mangga
muda disertakan dengan ulam pucuk pia dan ulam-ulaman kampung yang mak dan ayah saya tanam sendiri di
bekakang rumah kami. Pasti bertambah-tambah nasi..hehe..seronoknyeee masa tu….walaupun
tak mewah tapi kami bahagia….
Tamat
siri 1…(insyaAllah akan disambung siri 2 pada catatan akan datang )
Sunday, February 03, 2013
Kisah Teladan Al Marhumamah siti Hajar Ahmad Sabir
Kisah Teladan Yang Menyentuh Hati
Baru-baru
ini saya ada terbaca satu kisah yang sangat-sangat menyentuh hati nurani ini.
Tulisan daripada seorang ibu, menceritakan bagaimana detik-detik akhir seorang
anak solehah yang kini telah kembali ke pangkuan yang Maha Pencipta.
Terkenangkan
bagaimana tabahnya hati seorang ibu yang meredhakan pemergian anaknya yang
dipinjamkan Allah kepada beliau dan suami selama 20 tahun. Diuji selama
beberapa hari melihat anak tercinta melalui detik2 sukar terlantar di katil
hospital berjuang untuk hidupnya setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Lebih terkesan lagi apabila terkenangkan ketabahan si anak yang sedang
menderita kesakitan membuatkan deraian airmata gugur tanpa boleh diseka lagi…
Begitu
tabah si anak solehah melalui detik-detik akhirnya sebelum dijemput kembali ke
pangkuan Rabb. Betapa redha dan pasrahnya beliau dengan ketentuan takdir Allah
ke atas dirinya dengan sentiasa berbaik sangka dengan Allah S.W.T. Apabila
terkenangkan ini, termenung sejenak…berfikir…apakah mampu aku menjadi setabah
mereka? (si ibu dan si anak).
Alangkah
beruntungnya si ibu mempunyai anak solehah yang mempunyai keyakinan yang teguh pada ketentuan Allah. Bertuah juga si
anak kerana dididik oleh ibu dan bapa yang meletakkan Allah dalam semua urusan
kehidupan mereka. Semoga roh si anak solehah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan
ditempatkan di kalangan mukminah-mukminah solehah insyaALLAH..
Mohon
dikongsi kisah ini diblog saya untuk teladan semua pembaca…
DETIK-DETIK
TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya (blog penulis asal) tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
______________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

Thursday, January 24, 2013
Salam Maulidur Rasul 1434H
Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang dikasihi... Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua akan menjadi umat baginda yang terbaik..yang sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah baginda..yang sentiasa membasahkan lidah kita dengan selawat dan salam ke atas baginda..semoga ingatan kita kepada baginda Rasul tidak hanya di hari dan bulan kelahiran baginda sahaja..biarlah ingatan, selawat dan salam ini berkekalan dan menjadi kerinduan kita setiap masa untuk bertemu dan bersama baginda di syurga yang abadi insyaALLAH.
Wednesday, January 02, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)