Salam Lebaran…
Alhamdulillah.. setelah sekian lama
menyepi akhirnya saya berkesempatan mencoretkan sedikit catatan di blog ini.
Kesibukan kerja dan beberapa faktor
sampingan lain telah membataskan saya untuk berkongsi catatan. Masih belum
terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Salam ‘Idul Fitri’ kepada semua
muslimin dan muslimat para pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak
seberapa ini. Saya pohon ampun dan maaf sekiranya ada bahasa atau pun ayat
dalam coretan saya yang tersalah atau tersilap tanpa saya sengajakan.
Berbalik kepada isu lebaran yang telah
pun kita raikan hampir 2 minggu yang lepas, saya ingin berkongsi rasa gembira
saya di sini setelah berkesempatan meraikan lebaran tahun ini bersama kedua ibu
dan keluarga tercinta di kampung halaman saya di pantai timur. Tahun ini
kepulangan ke kampung lebih teruja saya rasakan berbanding tahun-tahun yang
lepas. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmatNya menunaikan
beberapa hajat yang telah lama saya
hasratkan untuk dilunaskan.
Berpeluang menatap wajah bonda-bonda tercinta dan mencium tangan dan pipi keduanya memohon keampunan dan kemaafan di pagi lebaran adalah satu anugerah teristimewa... Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana keduanya masih diberikan kesihatan yang baik. Semoga nikmat kesihatan itu sentiasa dikurniakan untuk mereka berdua dan saya pohonkan agar mereka dipanjangkan umur dan berpeluang menimang dan melihat cucu-cucu mereka membesar, insyaAllah.

Berkesempatan menziarahi pusara
kedua-dua ayahanda di pagi lebaran antara perkara paling bermakna dalam hidup
ini. Berada jauh di perantauan hanya doa yang mampu dikirimkan. Kesempatan pulang
berhari raya adalah peluang terbaik untuk menziarahi pusara kedua-duanya. Kalau
semasa hidup, mereka berdualah insan yang paling mengagumi kerjaya seorang
pendidik. Masih terngiang-ngiang kata-kata salah seorang daripada mereka, “ilmu
bermanfaat yang diajarkan oleh seorang guru selagi mana diamalkan oleh
muridnya, dan diajarkan pula pada orang lain, pahalanya akan berterusan walaupun guru itu sudah tiada lagi di muka
bumi Allah ini…” .
Alhamdulillah.. saya kini bergelar pendidik. Walaupun mereka berdua tidak sempat melihat saya menjadi seorang pendidik, kata-kata itu akan saya pegang sebagai azimat untuk saya menjadi seorang pendidik yang benar-benar mendidik. Jikalah arwah ayahanda berdua tahu betapa besarnya jiwa pendidik di hati ini...betapa bangganya saya kerana mampu menunaikan hasrat kedua ayahanda…alhamdulillah…semoga roh ayahanda berdua dicucuri rahmat olehNYA, Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Amiin.