Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...

Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.




Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Sila tekan butang "like" sekiranya anda suka dengan blog ini. Terima kasih sekali lagi

Tuesday, April 10, 2012


Cinta Kerana Allah

Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur mengikut pandangan mata, tapi mengikut pandangan Allah. Cinta kerana Allah, diberi  dan memberi kerana Allah. Cinta sebegini tidak mengenal jantina dan kedudukan. Cinta yang lahir hanyalah kerana masing-masing mempunyai rasa cinta yang sama, iaitu menyintai Allah.
Cinta sebegini boleh berlaku antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya, dan yang paling tinggi adalah antara hamba dengan Penciptanya…
Cinta sebegini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan dapat perlindungan daripada ‘Arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing manusia sangat mengharapkan lindungan daripada  panas matahari yang sejengkal dari kepala.
Apabila sumber cinta itu datangnya dari Allah, maka kita akan meletakkan Allahlah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan cinta pada makhluk , maka cinta Allah perlu dimenangkan. Bila kita benar-benar sudah dapat mencintai seseorang kerana Allah sepenuh hati, maka segala cinta yang berlandaskan nafsu dapat dipadamkan. Segala hasad dengki dapat disingkirkan. Mengetepikan kepentingan sendiri untuk melihat orang yang dicintai bahagia. Memberi dan menerima teguran untuk kebaikan insan yang  kita cintai hanya kerana Allah.
Semoga cinta sebegini akan menyatukan kita semua di syurga Allah yang abadi. InsyaALLAH…Wallahua’lam.

-azansubuh- 7.56 pagi-100412-

Sunday, April 08, 2012

Kebahagian HAKIKI




Hari-hari lepas adalah pengajaran…hari ini untuk direnungkan…hari esok adalah perubahan…
Dalam hidup ini kita harus menjadikan perkara-perkara yang pernah kita lalui sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita teruskan kehidupan yang mendatang dengan lebih baik..
Apa yang kita lalui hari ini sepatutnya lebih baik daripada hari semalam yang telah kita lewati…hari esok pula kebaikan yang bakal kita lakukan akan lebih mengatasi kebaikan yang kita lakukan hari ini..

Hari semalam kalau kita masih dibuai dengan keindahan duniawi…hari ini kita pantas bangkit agar hari esok kita bisa melangkah gagah menuju destinasi abadi yang akan menjanjikan kita kebahagian hakiki...
Biar denai itu sempit…berlopak…
Biar kaki terkait duri tajam yang menyakitkan…
Biar seribu kali kaki tersadung onak melintang…
Biarkan… teruskanlah kaki melangkah gagah
kerana kesakitan, keperitan dan kesukaran itulah yang bakal membawa kita ke puncak bahagia yang hakiki dan abadi…

Bisikkan apabila langkah mula longlai… mana mungkin kita inginkan kebahagian hakiki jika keimanan kita  tidak diuji? Mustahil Allah Yang Maha Kaya menjanjikan SyurgaNya yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang indah, tidak terhitung kenikmatannya, apa yang dihajatkan tersedia di depan mata.. sekiranya DIA  tidak  menguji hamba-hambaNYA terlebih dahulu, agar dapat dinilai keimanan kita terhadapNYA yang Maha Berkuasa serta kesungguhan kita menggamit redhaNYA…

Syurga itu dipagari dengan segala macam keperitan, manakala neraka pula dipagari dengan segala kenikmatan. Namun keperitan dan kenikmatan itu hanyalah bersifat sementara… Jika kita memilih untuk mengharungi keperitan semasa di dunia, maka di akhir destinasi kita insyaAllah akan menemui kebahagian dan kenikmatan yang hakiki dan abadi…Seandainya kita memilih kenikmatan duniawi hingga terlupa destinasi abadi kita maka bersedialah untuk berdepan dengan kesengsaraan dan keperitan sebagaimana yang telah Allah janjikan dalam firmanNYA...

"Di kaLa datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan dengan izinNYA; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia"( Hud:105)
 "Adapun orang yang celaka, maka (tempatnya di dalam neraka. Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan terpekik dan merintih)"(Hud:106) 

Dalam hidup ini kita perlu banyak berkorban… Untuk menggapai kebahagian sememangnya menuntut pengorbanan…Makin besar kebahagian yang dipohon maka makin besarlah pengorbanan yang dituntut…makin besar pengorbanan yang dilakukan makin dekatlah kita dengan kebahagian abadi yang kita cari…

Kadang-kadang kita perlu melepaskan apa yang bukan milik kita di dunia ini…walaupun  ianya amat memeritkan..kita harus lepaskan jua  kerana sudah ditakdirkan ia bukan milik kita… Lakukanlah apa yang Allah suka walaupun perkara itu tidak disukai oleh diri kita…tinggalkanlah perkara yang Allah tidak suka walaupun diri sendiri amat menyukainya…Apabila kita melakukan apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah tidak suka insyaALLAH kebahagian abadi pasti milik kita…

-azansubuh- Sabtu, 1235 pagi


Wednesday, April 04, 2012

Sahabat Sejati

Wahai Tuhanku.. Betapa telah Engkau aturkan perkenalan sehingga membenihkan persahabatan. Engkau pupuk ia tumbuh subur dihati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMu, maka tidak ada tangguh untukku berundur diri dari dalam hidupnya.. keranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang boleh menggemburkan keimanan dan Engkau telah hadirkan dia menjadi pohon singgahan agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan..


Bagi kita sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati yang kita taburi dengan benih kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Pada kita dia anugerah istimewa dariNya.. Saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya..


Saat kita bersahabat kerana agamaNya...Bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya? kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Kita terpaku seketika, daripada doa-doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar menjadi cela, mungkinkah dalam persahabatan itu terpalit dosa? apakah nasihat atau kata-kata kita melaghokan jiwanya? 

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya, maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita pasrah dengan ketentuan takdirNya...yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya...

Kalau kehadiran mengundang kelalaian, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur   kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin...maka amankanlah hati kita dengan janjiNya...syurga abadi insyaAllah milik kita.