Suatu
petang…
Teringin
pula rasanya nak makan nasi goreng. Sudah terasa di lidah keenakannya. Sudah
terbau-bau kat hidung ni aromanya. Makan panas-panas..waahh..memang berselera…
inilah yang berlaku bila teringin sangat..
Bergegas
ke dapur. Intai dalam periuk nasi. Senyum lebar... nasib ada nasi lebih bawa
bekal pagi tadi. Bila disenduk ke dalam mangkuk nampak sikit pula. Alahai..
sikitnya.. mula rasa sedikit hampa.. kalau nak masak mesti lambat ni..
berkira-kira sendiri.. cakap kat ‘housemate’, sikitnya nasi ni…(dengan hampanya).
Housemate cakap cukupla tu.. tapi kerana tamak kan… tetap rasa tak cukup.
Bahan-bahan
untuk menggoreng dan sedia, tak apalah, goreng jealah…tapi dalam hati masih
rasa hampa.. Masa nak capai kuali untuk menggoreng, entah macamana terlanggar
pulak mangkuk nasi yang elok-elok letak kat tepi microwave tadi. Apalagi… Prangggg…
bertaburan nasi ke lantai... tergamam dalam kesayuan memandang nasi yang tumpah
tu.. barulah nak rasa bersyukur. Kan lebih baik sedikit daripada langsung tak
dapat. Betul la pepatah ada mengatakan, orang tamak selalu rugi…hehe..kan dah
rugi..
Kita
manusia ni memang la macam tu… kita kurang bersyukur dengan apa yang kita dah
miliki, tamak, dan sering rasa tidak
cukup. Kita sibuk mengejar dan berkira-kira dengan apa yang belum menjadi milik
kita sehingga kadang-kadang mengabaikan apa yang Allah dah anugerahkan
untuk kita. Apabila tiba-tiba Allah
mengambilnya semula daripada kita, ketika itu barulah kita tersedar untuk
menghargainya, tetapi saat itu kita sudah pun terlewat.
Elok-elok
dah ada semangkuk nasi banyak pula omelannya… akhirnya kena masak semula nasi
lain. Hehe..tu la.. kurang bersyukur… tapi housemate cakap tak da rezeki… betul la tu… J
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda. Diharapkan sebarang komen yang ditinggalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan isu keselamatan negara. Pihak saya tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap komen yang tidak bermoral, melanggar etika dan undang-undang. Adalah juga diingatkan sebarang komen yang ditinggalkan di bawah tanggungjawab anda sendiri.