Gotong-royong Sukan 2012
Bila bersendirian teruji keikhlasan..tanpa kejian dan pujian apakah terus ada kesetiaan pada yang Maha Pencipta... (Pahrol Mohd Juoi)
Ahlan Wasahlan... Welcome... Selamat datang...
Selamat mengunjungi blog saya yang serba dhaif ini... blog ini hanyalah sekadar tempat saya membuat review tentang sesuatu isu, produk dan tempat saya mencurahkan apa saja pandangan, idea dan karya yang tidak seberapa....Terdapat juga entri-entri yang saya perolehi daripada kursus-kursus, pembacaan serta perkongsian dengan teman-teman bloggers dan saya panjangkan lagi perkongsian di sini. Terlalu banyak kekurangan dan insyaAllah akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Diharapkan agar ada sahabat-sahabat yang sudi berkongsi idea dan apa saja isu dan komen di sini. Segala sumbangan, nasihat dan apa saja komen dan input yang membina saya dahului dengan jutaan terima kasih. Syukran Jazilan.
Sunday, September 30, 2012
Thursday, September 27, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Saturday, September 22, 2012
Thursday, September 20, 2012
Wednesday, September 19, 2012
Monday, September 17, 2012
Jalan-jalan Borneo Rainforest Miri
Jalan masuk ke resort-4km from the resort |
Booting Activity |
Sarang burung helang @ pokok tualang |
Pokok Dabai-sejenis buah yang terdapat di borneo- berwarna hitam apabila ranum-rasanya agak lemak. |
Salah sebuah resort yang ada di sini |
Wednesday, September 05, 2012
Berlapang dada dan bersyukurlah...
Saban hari kita
memikirkan apakah yang akan kita lalui lima atau sepuluh tahun akan datang.
Mulalah kita merancang itu dan ini sebagai persediaan. Namun apabila masa itu
tiba, seringkali apa yang kita fikirkan lima atau sepuluh tahun yang lepas
tentang masa hari ini jauh tersasar daripada reality yang kita sedang lalui
kini. Itulah hakikatnya kehidupan. Kita sebagai manusia biasa, sebagai hamba
Allah yang amat kerdil, maka tiada daya kita untuk menentukan apa yang bakal
berlaku pada hari esok. Sebagai seorang hamba kepada Pencipta yang Maha
Perkasa kita hanya mampu merancang dan
bersedia, tetapi Dialah jua yang Maha menentukan segala perancangan itu sama
ada selari dengan ketentuanNYA atau tidak. Semua itu adalah di dalam Kudrat dan
IradatNYA.
Berbalik kepada
perancangan kita, sekiranya ia selari dengan ketentuan Allah, maka
setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepadaNYA, Al-Qaadir Al-Muqaddir Yang
Maha Menentukan. Namun andainya apa yang dirancang kita tidak selari dengan
ketentuan Allah, maka janganlah jiwa menjadi putus asa, anggaplah ketentuan itu
adalah yang terbaik buat kita kerana DIA Allah tidak akan pernah sekali-kali
menzalimi hamba-hambaNYA. Malah kita sebagai hambaNYA lah yang seringkali
menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.
Apabila diri
dihimpit susah, apabila musibah datang menjengah, kita akan sering menyoal
Allah. Kenapa aku? Kenapa bukan begitu? Kenapa pula bukan begini? Kenapa mesti
aku? Kenapa bukan orang lain? Cubalah pula bila Allah mencurahkan rahmat dan
nikmatNYA ke atas kita, berapa kerap pula kita menadah tangan panjatkan
kesyukuran?. Sebaliknya kita akan melahap nikmatNYA dengan begitu rakus
sehingga kita lupa kepada Si Pemberi Yang Maha Pemurah. Namun dek kerana sifat
Si Pemberi Yang Maha Pemurah itulah DIA tetap jua memberi walaupun tidak
dihargai. NikmatNYA melimpah ruah bertaburan di atas muka bumi ini, tersedia
untuk hamba-hambaNYA walaupun mereka
sering alpa.
Aduhai
hamba-hamba Allah sekalian, termasuklah diriku yang sentiasa alpa dan lalai…
Marilah sama-sama kita belajar untuk sentiasa berlapang dada, menerima segala ketentuan Allah dengan penuh keredhaan dan kesyukuran di hati. Walau seperit mana pun ketentuan itu, percayalah, itulah yang terbaik buat kita kerana DIAlah Tuhan, DIAlah Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin hari ini kita rasai keperitan, tetapi siapa tahu dengan keperitan hari ini, kita akan bisa tersenyum gembira pada hari esoknya. Bersangka baiklah denganNYA. InsyaALLAH, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lapang dengan bersangka baik dengan ALLAH, Tuhan Pemilik hati hamba-hambaNYA.
Sunday, September 02, 2012
Salam hujung minggu…
Salam hujung minggu…
Hari ini tanggal 02 September 2012, seorang lagi anak ayah dan
mek telah melapor diri di UPSI untuk mengikut jejak kakak-kakaknya menjadi
seorang pendidik…
Tersenyum sendiri bila teringatkan gelagatnya semasa
saya membawanya ke sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak UPSI untuk memilih
calon-calon yang layak mengikuti kursus perguruan di university mereka semasa
cuti pertengahan sekolah yang lepas. Keterujaannya menjadi guru jelas terpancar
di wajahnya. Debarannya melangkah kaki ke bilik temuduga diiringi doa saya agar
dia tenang semasa menjalani sesi tersebut.
Besar harapan dihati saya sebenarnya untuk melihat dia
menjadi seorang pendidik, cuma tidak diluahkan saja. Saya tidak mahu dia
memilih bidang ini kerana terpengaruh atau dipengaruhi. Biarlah keinginan itu
datang dari hatinya sendiri. Saya dan adik beradik yang lain hanya memberikan
galakan dengan apa saja pilihannya selagimana ianya sesuatu yang baik untuk dirinya
dan masa depannya.
Alhamdulillah.. akhirnya dia terpilih untuk menjadi bakal pendidik.
Selangkah kakinya telah pun diletakkan di landasan
yang betul. Dia sekarang bergelar bakal pendidik. Diharapkan semoga dia mampu
mengatur selangkah lagi untuk dia menapak dengan teratur dan kemas bagi memburu
kejayaan dan semoga gelaran seorang pendidik menjadi kenyataan. Semoga dia
dapat lalui perjalanannya memburu impian dengan tabah dan terhindar daripada pengaruh
dunia kampus yang tidak sihat. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang
terbaik untuk adik. Semoga adik sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)